Kelas Usahawan Muda

15 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas Usahawan Muda pada 14 Disember 2018. Objektif utama kelas ini untuk memberi pendedahan dan menerapkan asas keusahawanan dalam kalangan peserta sejak usia kanak-kanak lagi. Peserta telah diajar mengenai asas berniaga, kebaikan memulakan perniagaan dan etika berniaga.

Pada masa yang sama, peserta juga turut diberi pendedahan melalui tayangan video dan taklimat ringkas advokasi dalam topik penyerbaran maklumat palsu. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 4 jam. Seramai 5 orang peserta yang telah menghadiri kelas tersebut.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali